Pages - Menu

kutahu dan amat mengerti dendam cintaku tidak pernah berbalas kerana kifarah cinta yang amat memedihkan...... andai di satu ketika aku tersungkur dan terjatuh ,pimpinlah tanganku untuk ku bangun,waktu itu kau kan temuisebuah cinta kudusku walau zaman telah di mamah usia....

TUTUP !!! Bisinggg.....

Khamis, 13 Oktober 2011



Peludah Warna

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.

Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

1. 7. 11. A. SAMAD SAID
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

KOD KOTAK

kosong
awesome comments